Cabaran industri sawit

Pada tahun 2018 kita menyaksikan penyusutan harga. Antara faktor penyusutan itu dipengaruhi dengan pelbagai spekulasi. Antaranya Eropah mula memberi sekatan kemasukan minyak sawit. 

Industri sawit sebenarnya mempunyai potensi besar mempengaruhi industri minyak makan. Hampir 80%, minyak sawit menguasai pasarn minyak makan dunia.

Penguasaan ini memberi kesan kepada pengaruh minyak makan lain seperti minyak soya, minyak jagung  dan minyak bunga. Bahkan dijangka penggunaan minyak sawit dunia akan terus meningkat. (jika mereka tidak kawal barangkali. Ini menimbulkan kekhuatiran)

Ini adalah hasil perjuangan Malaysia dalam menjadi peneraju pasaran minyak makan dunia. 

Kita berkongsi pasaran dengan Indonesia dalam penguasaan minyak makan dunia ini.

Bukan mudah sebenarnya untuk menguasai pasaran ini. Antara cabaran yang dihadapi dalam industri sawit ini seperti

1

Paradok persepsi memburukkan keadaan seperti kesorakkan hutan dan musnahnya habitat orang hutan. 

2

Isu sabotaj.

  • Kononnya setiap jam akan ada 300 padang bola dibukan untuk penanaman sawit.
  • Pembakaran hutan terbuka
  • Tidak mengikut lunas undang-undang hijau dunia.

3

Antara lain persaingan dari pengeluar minyak sayuran yang lain. 
walaupun kita telah mendahulu menguasai pasaran. Namun mereka pasti juga ingin juga melebarkan penguasaan terhadap industri minyak makan ini.

Itulah antara cabaran yang dihadapi dalam industri sawit. Cabaran ini sebenarnya tidak la getir. Kerana minyak sawit telah diterima dunia. Mereka harus mengakui ini sebenarnya.

Tiada isu besar sebenar. Bagi kami isu besarnya adalah industri sawit dibangunkan oleh negara yang diistilahkan negara membangun. 

Industri sawit ini dapat meningkat pendapat negara membangun. Disamping meningkatkan ekonomi penduduk sesebuah negara.

Permintaan untuk menanam kelapa sawit ini sangat berpotensi sebab penghasilannya yang konsisten dan tinggi dibanding dengan minyak makan yang lain.

kadar banding penghasilan mengikut keluasan tanah

Atas perkembangan ini, barat tidak perlu takut. Mereka adalah disarankan bersama sama dengan kita untuk mengembangkan lagi industri kelapa sawit. Potensi berkembangnya industri sawit ini sangat luas. Bahkan jika dikembangkan terus industri minyak sawit dapat menghasilkan biodiesel yang lebih selamat dan bersih dibanding jenis bahan bakar yang sedia ada di pasaran.

Selain dari itu industri sawit harus mendapat sokongan dari pelbagai pihak samada dari kerajaan, organisasi tempat dan pengusaha persendirian. Cabaran biasanya bersifat sementara, samada ia menjadikan industri ini punah atau lebih berdaya maju. Inilah industri yang kita bangunkan. Membantu ramai pekebun kecil.

Semoga kita terus berdaya saing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.