HARGA SAWIT JATUH, APA NAK BUAT?

Pada tahun 2018 kita dihidangkan dengan harga kelapa sawit yang kian menyusut sehingga penghujung 2018. Apakah realitinya. Kesan penyusutan harga ini sebenarnya memberi impak yang besar juga terhadap industri lain. Apa taknya, dengan penyusutan harga ini para pekebun mula mengurangkan perbelanjaan. Kitaran wang mula tidak rancak di sesetangah bandar. Keadaan ini semakin parah apabila harga barangan terutamanya barangan dapur turut meningkat. Pendapatan menyusut harga barang naik.

Data statistik mendapati bahawa keadaan turun naik harga sawit adalah perkara lumrah dalam pasaran bebas kapitalis. Penurunan harga naik turun dikatakan berdasarkan kepada “permintaan dan bekalan” (demand and supply). Antara faktor lain yang mempengaruhi harga adalah spekulasi.

Dibawah ini adalah statistik harga sawit dari 2012 sehingga Disember 2018.

Berdasarkan statistik di atas, kita sebenarnya telah terbiasa dengan kadar turun naiknya harga sawit. Bahkan, menurut kami, harga pada hujung 2018, bukanlah harga yang terendah pernah berada di pasaran.

Adapun yang menjadi keresahan pengusaha sawit adalah kenaikan kos sara hidup. Harga barangan terus naik dengan kadar yang diluar jangka. Di tambah pula perbelanjaan persekolahan anak-anak juga meningkat.

Begitu juga dengan kos penghasil sawit juga turut meningkat. Antara kenaikan kos seperti baja, racun, jentera dan buruh. Jadi untuk mengatasi masalah ini, antara jalan yang disarankan adalah membuat beberapa penjimatan, terutamanya yang melibatkan kos.

Oleh kerana kepakaran kami dalam urusan baja maka kami sarankan kepada anda 5 perkara untuk anda pertimbangkan. Dengan itu anda dapat menjimatkan kos baja dan duitnya anda boleh gunakan untuk anda simpan atau dibelanjakan kepada perkara lain yang mendesak.

1

Hentikan sementara aktiviti membaja. Anda boleh lakukan ini, jika didapati hasil sawit bukan pendapatan utama anda. Kira kira penghasil sangat rendah seperti kira-kira di bawah ini :

Saranan ini boleh dilakukan untuk kawasan jenis tanah yang tinggi kos selenggara seperti tanah gambut atau pokok di bawah matang (berusia dibawah 7 tahun). Namun ini tidak disyarankan sangat, sebab kemudian hari, jika pokok ingin dirawat, kos rawatannya tinggi.

2

Kurangkan kadar kuantiti baja. Jika dahulunya anda menggunakan 2 kilo perpokok anda boleh kurangkan kepada 1 kilo perpokok.

Disini anda dapat jimatkan separuh kos untuk setiap kali musim pembajaan.

3

Jarakkan tempoh membaja. Jika biasa buat 3 bulan sekali, buatlah kepada 4 bulan sekali. Kalau dah tak boleh sangat 6 bulan sekali.

jika 1 kali pusingan anda dapat jimatkan RM260. Namun jika anda buat 2kali pembajaan setahun anda dapat jimatkan RM520 untuk setahun kos pembajaan.

4

Harga baja campuran biasa lebih murah dibanding baja sebatian premium. Biasa baja bukan premium kurang terkenal dibanding baja premium. Baja premium mempunyai reputasi yang baik dan terkenal.

Anda juga boleh mencuba baja-baja single yang lebih murah seperti baja urea N46 (antara Rm80-RM90 sebeg) baja rock phospate (antara RM50-RM60 sebeg) dan Baja MOP (antara RM75-RM85 sebeg)

5

Anda boleh mencuba baja-baja konsep yang lain seperti baja air, e.m dan baja 1pokok 1sudu. Baja-baja jenis ini biasanya lebih efektif untuk penghasilan buah dan penjimatan kos

Jika anda ingin melihat hasil keberkesanan baja 1pokok 1sudu anda boleh klik link berikut:

Demikianlah saranan kami kepada anda dalam usaha memahami situasi industri sawit ini. Ingat harga semasa ini bukanlah yang terburuk dipasaran. Cuma dikala ini, kos sara hidup yang menghimpit. Jadi anda boleh berjimat dalam perbelanjaan urusan kebun, agar anda sedikit simpinan untuk urusan anda yang lain. Jadi pilihlah saranan yang sesuai untuk anda menyimpan.

Jika anda punya idea atau pandangan yang lebih bernas, anda dialu-alukan untuk komen dibawah ini. Dan jika ia bermanfaat untuk disampai-sampaikan kepada kawan-kawan anda, silalah klik button share di bawah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.