Potent Baja Sawit Pintar

logoPot

Baja Kelapa Sawit: Pentingnya Kalium & Pilihan Terbaik Pekebun

Kenapa Kalium Dikatakan Unsur Terpenting Baja Kelapa Sawit

Dalam dunia penanaman kelapa sawit, faktor penentu kejayaan bukan sekadar tanah yang subur atau benih yang unggul, baja juga ada peranan pentingnya.
Setiap pekebun mahu hasil tuaian tinggi, tandan buah segar (FFB) sawit yang berat, dan hasil yang maksimum. Di sinilah peranan baja kelapa sawit menjadi kritikal.

Walaupun Unsur baja seperti Nitrogen, Fosforus, dan Magnesium penting, unsur yang paling banyak mempengaruhi produktiviti ialah Kalium.
Kalium dianggap sebagai “raja segala baja” kebanyakkan tanaman.
Begitu juga bagi kelapa sawit, Kalium terlibat dalam hampir semua proses fisiologi pokok. Unsur ini membantu pengangkutan gula dari daun ke buah, meningkatkan kecekapan fotosintesis, serta mengawal imbangan air dalam sel pokok. Hasilnya, buah sawit membesar dengan lebih padat, tandan lebih berat, dan minyak lebih banyak.

Pokok sawit yang mendapat Kalium mencukupi biasanya lebih tahan menghadapi tekanan cuaca seperti kemarau, serta kurang terdedah kepada serangan penyakit.
Namun, apabila kekurangan unsur Kalium, kita akan dapati pelepah sawit menjadi pucat, buah kurang besar, tandan berkurang, dan hasil ladang akan ada potensi jatuh mendadak. Inilah sebabnya kalium adalah unsur paling penting dalam mana-mana formulasi baja kelapa sawit

Pilihan Baja Kelapa Sawit Yang Biasa Bagi Pengguna Sawit

Dalam amalan kebun yang baik, biasanya pekebun sawit menggunakan Muriate of Potash (MOP) sebagai sumber utama kalium. Baja MOP memang terkenal dan sudah lama menjadi pilihan tradisi dari dulu kebanyakkan pengusaha kelapa sawit. Ia terbukti meningkatkan berat tandan dan kandungan minyak apabila digunakan dengan kadar yang betul.

Namun, MOP memerlukan kerja lebih teliti – pekebun perlu mengagak-agak kadar yang sesuai, membahagi, dan menabur baja secara manual. Proses ini memakan masa dan dan kadang dos tidak sekata mengikut piawai usia pokok.

Sebagai alternatif moden, kami hadirkan Potent Lite. Dengan formula khusus untuk pekebun sawit, Potent Lite menawarkan konsep mudah: 1 pokok, 1 sudu. Tidak perlu lagi menyukat atau mengagak kadar penggunaan. Hanya satu sudu kecil untuk setiap pokok sawit membekalkan kalium bersama nutrien jika diperlukan untuk pertumbuhan sihat dan penghasilan tandan berkualiti.

Kedua-dua pilihan ini – samada MOP atau Potent Lite – sama-sama mampu membekalkan kalium yang penting kepada kelapa sawit. Pekebun yang selesa dengan cara tradisional boleh terus menggunakan MOP, manakala mereka yang mahukan cara lebih ringkas, cepat, dan praktikal boleh memilih Potent Lite.

Apa pun pilihan anda, pastikan baja kelapa sawit yang digunakan mempunyai kalium mencukupi. Kalium adalah kunci utama untuk mendapatkan pokok sawit yang sihat, tandan lebih besar, buah lebih, dan hasil ladang yang bertambah menguntungkan.