fbpx

Kelapa Sawit Sebagai Industri Sampingan

Mac, 2019 – Akhir–akhir ini harga kelapa sawit berada diparas cukup-cukup makan. Harga semasa kini antara RM280 – RM320/tan.  Walau bagaimana pun harga ini bukanlah yang terendah pernah dirasai pekebun kelapa sawit. Namun dengan kos sara hidup semakin meningkat, harga ini agak menghimpit bagi pengusaha kelapa sawit.

Jika dilhat, secara purata lebih kurang Rm70 untuk kos kebun kelapa sawit setiap bulan perekar. Ini tidak termasuk kos buruh. Umumnya bila dibanding dengan tanaman lain, kos kelapa sawit masih lagi rendah.

Katakanlah pada harga buah tandan segar kelapa sawit (BTS) Rm280/tan, maka kos pengeluaran adalah 25% (70÷280).

Walaupun kos kelapa sawit agak rendah, namun ia harus dilihat sebagai pendapat sampingan, bukan lagi sebagai satu pendapatan yang utama. Ada beberapa faktor menarik yang harus dilihat kenapa kelapa sawit tidak lagi dilihat sebagai pendapatan utama.

Mari kita lihat, berapakah pendapatan bersih pekebun kelapa sawit.

Kiraannya begini:
Pada harga RM280/tan – (kos buruh [purata RM70/tan] + kos tetap kebun [RM70])

RM280 – (RM70+RM70) = RM140. Inilah pendapatan bersih bagi 1 tan pengusaha kebun kelapa sawit dapat. Besarkan jumlahnya…!!! Ye… itu kalau 1 tan, kalau 100 tan…. Ha dah berapa… kan…

Tapi nanti dulu… ini bukanlah pendapatan sebenar yang pengusaha kelapa sawit dapat. Ada beberapa faktor yang menghambat mereka untuk mendapatkan hasil yang demikian. Antara faktornya:

Pencapaian perekar tidak capai target.

Sepatutnya purata 1tan 1ekar sebulan. Hasil kelapa sawit kurang dari 1 tan.
Puncanya :

  • suhu cuaca terlalu terik.
  • taburan hujan berlebihan
  • banjir
  • serangan serangga dan kulat yang merosakan.
  • sifat tanah
  • beralkali atau terlalu berasid
  • struktur tanah berongga-rongga seperti tanah berpasir dan gambut.
  • kurangnya populasi serangga jenis yang membantu proses pendebungan.
  • baka benih kurang produktif

Biasanya jika berlaku perubahan cuaca, kesan ke atas buah kelapa sawit akan dirasai setahun kemudian. Sebagai contoh, pada Febuari 2018, berlaku suhu sangat terik, maka kesan pada awal tahun 2019, buah sawit berkurangan atau mengalami waktu melawas yang panjang.

Kelapa sawit memerlukan kawasan yang luas.

Untuk mendapatkan hasil sawit yang lumayan, pekebun kelapa sawit memerlukan kawasan penanaman kelapa sawit yang luas.

Jika harga kelapa sawit 1 tan RM280, untuk mendapatkan pendapatan RM20 ribu sebulan, pekebun kelapa sawit memerlukan sekurang-kurangnya keluasan tanah sebanyak 150 ekar (60 hektar). Dengan keluasan tanah yang besar, ia juga akan dapat menjimatkan kos-kos lain seperti buruh dan selenggara.

Namun begitu pengusaha kebun kecil kelapa sawit puratanya memiliki keluasan dibawah 10 ekar. Sebagai contoh peserta Felda, mereka memiliki keluasan kebun kelapa sawit 10 ekar.

Untungnya peserta Felda, harga jualan tandan segar kelapa sawit mereka lebih tinggi dibanding harga bukan peserta Felda. Ini kerana ladang peserta Felda diurus dengan amalan yang baik dan perahan buah tandan sawit yang lebih tinggi.

Namun demikian, jika harga kelapa sawit mereka RM380/tan; penghasilan 10tan, pendapatan kasar mereka RM3800. sebulan.  Mereka termasuk golongan B40.

Jadi dengan keluasan kebun kelapa sawit dibawah 10 ekar, dengan pendapatan RM3800 sebulan, maka kelapa sawit tidaklah boleh lagi dianggap sebagai pendapatan utama.

-sumber rajah MyMetro

Apa harus dilakukan? Adakah pokok sawit harus ditebang atau ditanam tanaman lain?

Jika anda tabah, industri masih punya masa depan. Kelapa sawit telah memasuki industri Bio-diesel. Terkini industri permotoran mula mengambil peduli upaya bio-diesel ini. Selain ia, lebih berpotensi sebagai pilihan selain diesel-pertoleum ia juga mesra alam. Ia mampu mengurangkan pencemaran alam jika dibanding diesel-petroleum.

- gambar sumber internet

Jika anda berhajat untuk menebang pokok sawit anda, kami sarankan nanti dulu. (melainkan pokok kelapa sawit anda dah 25 tahun dan keatas) Anda tidak perlu tebang atau tukarkan kelapa sawit kepada tanaman lain.
Kelapa sawit tidak memerlukan pengolahan yang tinggi jika dibanding tanaman yang lain. Jika sayur harian kita kena jenguk, baja dan racun. Getah, harian kita kena menoreh. Begitu juga padi, hampir setiap masa perlu dilihat serangan serangga, kulat dan penyakit. Pisang, serangan monyet. Kelapa sawit memang mudah, 2 minggu sekali.

Dengan 2 minggu sekali ini,ia  memberi kita ruang untuk kita beraktiviti lain. Terutamanya untuk menjana pendapatan lain.

Kelapa sawit itu mudah.

Sambil duduk-duduk boleh dapat hasil. Cuma penghasilannya saja kecil.

Oleh kerana penghasilan kelapa sawit agak kecil dan ia bukan sebagai satu sumber pendaptan yang utama, maka kos-kos selenggara juga harus diperkecilkan. Kami menyarankan kepada anda beberapa perkara seperti berikut. Mungkin sedikit-sebanyak ia dapat membantu anda dalam penjimatan kos selenggara kebun kelapa sawit.

  • Kurangkan kekerapan meracun. Jika kebiasaannya 4 kali untuk 2 tahun, kurangkan kepada 3 kali untuk 2 tahun. Atau biasa 6 bulan sekali kepada 8 bulan sekali.

  • Kurangkan kos pembajaan.

  • Jika anda biasa menggunakan baja premium, tukar kepada baja bukan premium.

  • Jarakkan tempoh kadar membaja. Jika kebiasaan anda membaja 3 bulan sekali, membaja kepada 4 bulan sekali. Begitu juga jika anda membaja 4 bulan sekali, maka anda membaja kepada 5 bulan sekali.

  • Jika anda seorang yang prihatin, anda boleh membaja mengikut keperluan. Anda membaja bila berlaku simptom. Jika kurang bunga anda masukkan R.P, jika kurang bunga betina anda masukkan Urea dan jika daun berbintik-bintik kuning anda mengurangkan penggunaan baja buah. Menggunakan baja air dikala musim kemarau.

  • Memilih baja-baja alternatif seperti baja Potent . Dengan harga yang rendah mampu mendapatkan pendapatan yang konsisten.

Kenapa baja Potent?

  • Menjimatkan kos membaja dengan kadar RM65 perekar.

  • Mudah dikerjakan. 1pokok 1sudu.

  • Penghasilan menyamai dengan baja-baja premium.

  • Boleh dibeli di online.

Jika anda berminat untuk mencuba baja Potent anda boleh terus menghubungi no 013-7020666 atau whatsapp terus untuk rundingan dan sebut harga.

Untuk whatsapp, anda boleh klik link di bawah ini

saya berminat untuk membeli baja Potent Lite secara online. Bagaimana caranya?

cara mudah membeli Potent Lite di Shopee. Klik link Shopee di bawah ini

Baja Potent memang sangat disarankan kepada pekebun kelapa sawit.

Realitiya hari ini,  dunia kelapa sawit penuh dengan rencah dan ranjaunya. Banyak pengorbanan pengusaha kelapa sawit ditumpahkan untuk menjayakan industri kelapa sawit ini. Ia adalah antara industri yang terbesar yang  kita ada.
Semoga industri ini terus pergi jauh. Semoga akan ada pejuang baru yang akan memperjuangkan industri ini.