Benarkah baja sawit 1pokok 1sudu atau baja tong diterima pengusaha kelapa sawit?

betul ke baja ni berkesan untuk kelapa sawit?

Sejak akhir-akhir ini kita didendangkan dengan kedatangan baja sawit yang berkonsepkan  1pokok 1sudu. Ia datang dalam tong. Ada yang 5 kilo dan ada yang 10 kilo.

Dulu orang membaja kelapa sawit dengan baja beg 50 kilo. Kemudian datang baja air.

Kebiasaan bila main kelapa sawit  ni, kita memang dah biasa dengan baja beg 50 kilo. Yelah… baja beg 50 kilo ni aje yang ada… baja ni aje yang ada depan mata… senang nak dapat pulak tu… kat kedai baja mana-mana pun jual baja beg 50 kilo ni. Senang didapati di pasaran. lagi pun guna kat kelapa sawit memang mantap. Beza hasilnya bila sawit tak dibaja.

what u give, u get back” bak kata orang putih.

“bila lama-lama pakai baja beg 50 kilo ni kat sawit, kadang terfikir jugak”…

“lama-lama rasa macam… herm…”

bayangkan 1 ekar paling tak, mau pakai 2 beg

kalau 10 ekar.. dah berapa?paling tak mau 20 beg…

silap gaya.. nak membaja, terkena ‘slipped-disc’.

“azab o… slipped disc ni, sapa yang pernah kena tau la macamana…”

“ada kawan tu, sebulan jugak la tak nyawit kena slipped disc… kesian kan…”

Lepas tu nak simpan, tempat perlu ada yang luas.

Kebun sawit 10 ekar, baja sawit paling tak, mau 1 tan baja nak simpan.

“Turun boleh la orang hantar tu tolong pikul kasi turun.”

Nanti nak masuk kebun, nak kena angkut lagi satu persatu. Berat ooo… 1 beg 50 kilo, 1 tan mau 20 beg juga la…

herm… tu kalau disimpan kat rumah… nak simpan kat kebun takut kepala hitam angkut…  kalau tabur kat kebun sawit sendiri tak pe la… ni tabur kat kebun sawit orang.

“Dah simpan stor —> angkut ke kebun sawit —> adoi tanah pulak benyek —->wheelbarrow pulak tak lepas —-> kena la cangking guna beldi tabur baja kat pokok sawit —> satu satu nabur kat pokok sawit.”

tu tak pe lagi… ni kadang kita dah kelam-kabut ngangkut baja masuk kebun, tukang tabur pulak absent… sakit perut katanya… biasa… lambat…

Nak nabur, ye la mak bapak dah tak larat, ngarap anak-anak balik baru dapat dibaja sawitnya.

wes to… ngono wae la yoo…

rilex... wak... no problem.. kami ada solusi masalahnya...

nah... ini dia bajanya!!

opo to...

BAJA SAWIT 1POKOK 1SUDU!!!

Ya….  Baja sawit 1pokok 1sudu

Pioneer baja sawit 1pokok 1sudu. Ia berada di pasaran sejak 2008 lagi.

Masa tu ramai orang  menggunakan baja air untuk kelapa sawit mereka.

Kami keluarkan baja kelapa sawit 1pokok 1sudu.

Baja sawit 1pokok 1sudu ni keadaan fizikalnya adalah serbuk. Ia biasanya datang dalam bentuk tong. Samada datang dengan berat 5kg, 8kg atau 10kg.

Kebanyakan baja tong 1pokok 1sudu ini fungsinya sama seperti baja beg besar 50 kilo.

Namun kebanyakan dikeluarkan untuk berat buah sawit.

Ada banyak jenama di luar sana. Masing masing punya kelebihan.

Ia juga mudah didapati di media sosial. Harga pun berbaloi jika dibanding dengan baja-baja lain.

nak baja?

Macamana boleh dapat idea baja 1pokok 1sudu ni.
Macam tak percaya aje..
boleh cukup ke untuk kelapa sawit?

yela.. kan pokok sawit tu besar...
takkan 1pokok 1sudu aje.. ye tak?

Dulu ada satu zaman, baja gunung berapi diperkenalkan kepada pengusaha kelapa sawit.

Ingat tak masa tu… sana sini orang bercerita pasal baja gunung berapi. Bahasa sainsnya dipanggil Zeolite.

Penggunaan baja gunung berapi ini memberi kesan yang sangat positif kepada pokok kelapa sawit. Ia dapat meningkatkan penghasilan kelapa sawit.

Orang kata baja gunung berapi ini baja, namun ia tiada N.P.K. Ia tinggi silika.

Kebaikan silika kepada kelapa sawit ia dapat memberi ketahanan dari serangan kumbang tanduk dan ganoderma. Cuma bila bab nak kait, tandan dan pelepah agak keras.

Serangan ganoderma mengakibatkan pokok sawit patah tengah. Zeolite bagus memberi  pertahanan dari serangan gonoderma dengan baik. Maksudnya bukan pokok sawit itu tak patah, tapi ia dapat melanjutkan jangka hayat sawit sebelum ia patah tengah. Sebagai contoh jika pokok itu dapat bertahan 3 tahun sebelum tumbang, dengan zeolite dapat dipanjangkan sedikit dari usia itu.

Baik berbalik tadi tandan dan pelepah keras, kami dapati punca tandan dan pelepah itu keras akibat kekurangan unsur baja iaitu antaranya Nitrogen, Phosporus dan Kalium.

Jadi untuk menampung kekurangan itu, terlahir la idea baja tong ini.

Tengok macamana pergi dia…

Alhamdulillah berhasil

Lepas tu kami ngetest lagi… boleh tak baja 1pokok 1sudu tanpa baja gunung berapi?… tengok macamana perginya

PLOTEST BAJA 1POKOK 1SUDU KE ATAS KELAPA SAWIT

LAPORAN TAPAK UJIKAJI

Tapak ujikaji ini telah dijalankan di sebuah kawasan berkeluasan 1 hektar di Selangor. Kajian ini bermula pada tahun 2014. Data mula dikutip pada pertengahan tahun 2014. Sebelum menjadikan tapak ujikaji ini dijalankan, kerja-kerja pembersihan terlebih dahulu dijalankan. Kemudian melakukan proses pemulihan tanah.

Usia pokok kelapa sawit ketika ujikaji dijalankan lebih kurang berusia 4 tahun. Benihnya terdiri dari pelbagai jenis berdasarkan bentuk pokok dan keadaan buah tandan sawit. Adanya jenis yang bertingkat, buah berduri dan cengkerang besar (tandan bersaiz besar)

Berdasarkan tinjauan, kebanyakan pokok mengalami pertumbuhan tidak sekata, mungkin sebab lama terbiar.

Graf di bawah adalah statistik pencapaian kelapa sawit dengan menggunakan baja sawit 1pokok 1sudu.

JADUAL PENCAPAIAN HASIL SAWIT DENGAN BAJA 1POKOK 1SUDU

"Alhamdulillah... ia berhasil mampu setanding dengan baja baja beg besar 50kg yang biasa orang gunakan untuk kelapa sawit"
"Ya!! ...ia memang betul baja 1pokok 1sudu ini terbukti berkesan untuk meningkatkan hasil kelapa sawit. Jika anda berminat untuk mendapatkan baja 1pokok 1sudu untuk kelapa sawit anda, anda boleh klik "button" di bawah ini

Nah tadi kita ada cerita sikit pasal masalah slipped-disc, storage, nak kena angkut dari stor nak ke kebun sawit, masalah nak pikul… kan

Jadi kenapa kami tawarkan baja 1pokok 1sudu ni…

ye… kami memang rekomen sangat – sangat  baja 1pokok 1sudu ni kepada pengusaha kelapa sawit. Kenapa?

1. MUdah

sangat memudahkan kerja-kerja membaja kebun kelapa sawit. Dahlah mudah, risiko slipped-disc dapat dielakkan.

Ialah 1 tong 5 kilo boleh membaja untuk 2 ekar kebun sawit.

Kalau tak biasa guna beg besar 50 kilo, 2 ekar paling tak mau 4 beg… 200 kilo dah tu.. Tu la… kadang ada yang terpeleot pinggang…. kan.

lagi.. dah la mudah nak diangkut, senang nak dibajakan pokok sawitnya.

1pokok 1sudu –> cangking –> tabur –> cangking –> tabur.

10 ekar main-main 3 jam siap dah boleh ngatang ngatang.

Dah la senang ditabur, nak simpan pun no problem. Letak kat sudut dapur pun settle. Tak makan ruang yang banyak.

2. JImat

Juimat buanyak…

Boleh tahan save la harganya. Bayangkan 1 tong Rm214, boleh guna 2 ekar = 120 pokok.

1 ekar jatuh harga baru RM107, kos sepokok sawit lebih kurang RM1.80.. (juimat woo)

Bayangkan kalau pakai baja beg besar 50 kilo.

1 beg dah RM150, 2 beg RM300. kalau 2 ekar ye RM600.

Bayangkan 10 ekar, bajanya aje dah RM3000.

Guna baja 1pokok 1sudu 10 ekar cuma 5 tong, kosnya baru RM1070.

berapa banyak jimatnya.

RM3000 –  Rm1070 = RM1930. Jimat loo…

“4 kali membaja dah boleh beli iPhone.. mau tak mau?”

terBUkti

Selain dari jimat dan mudah, ia telah terbukti. Kami juga telah membuktikan di plot-test kami.

Bukan itu saja. Di pasaran anda akan dapat temui pelbagai jenama baja 1pokok 1sudu ini untuk kelapa sawit.

Mereka juga telah membuktikan bahawa baja 1pokok 1sudu ini amat berkesan terhadap kelapa sawit.

Ia setanding dengan baja-baja yang biasa kita gunakan untuk kelapa sawit.

"kami tidak janjikan bulan bintang"

1 ekar kelapa sawit boleh keluar 2-3 tan sebulan?
Jika itu berlaku pada anda itu adalah rezeki anda.

Secara umumnya purata penghasilan kelapa sawit sebulan adalah 1 tan. Ini bermaksud secara purata kelapa sawit mengeluarkan 12 tan setahun untuk setiap ekar. Kita ambil purata setahun, mungkin dalam sebulan itu ada keluar 1.5 tan dan mungkin sebuah ada keluar 0.5… jadi kita kira setahun berapa.

Jika kurang dari itu adalah sana sini yang tak kena.

Jadi di sini apa yang kami cuba sasarkan adalah penghasilan purata 1 ekar 1tan 1bulan.
Ini bukan apa, kebanyakan benih kelapa sawit mengeluarkan hasil 1tan 1ekar/bulan.

Mereka bukan tak boleh hasilkan baka yang lebih dari itu…boleh… cuma nanti berlaku lambakkan kelapa sawit di pasaran. Susah juga. kesan pulak pada harga sawit.

Jadi tu la… targetkan 1 ekar 1tan 1bulan yea…

Biasa orang tanya 1sudu cukup ke untuk 1pokok?

yela... pokok sawit tu kan besar!!!

CUKUP!!! Mestila cukup. Lagipun pokok sawit ni kebanyakan bakanya cuma mampu keluarkan 1 tan sebulan seekar.

Apapun jika dikira 2 sudu pun masih lagi jimat kos pembajaan kelapa sawit.

Untuk pokok kelapa sawit yang galak berbuah pada umur 13 hingga 18 tahun boleh la gunakan sehingga 2 sudu. Namun pada usia atas 20 tahun pokok sawit mula merosot penghasilannya. Oleh itu, taburkan 1 sudu sudah memadai sebab guna lebih pun dah tak boleh pergi sangat.

Pokok sawit ni bila dah 25 tahun ke atas bukan tak berbuah tapi dah tak produktif sangat, sebab itu agronomist sarankan pokok sawit 25 tahun ke atas hendaklah ditebang.

Jadi apa lagi?

Anda boleh order sekarang dan dapatkan pakej Promosi kami yang pasti menjimatkan

klik untuk bertanyakan tawaran Promosi

Saya berminat untuk mendapatkan baja sawit 1pokok 1sudu dengan harga Promosi. Bagaimana caranya?

Anda nak sembang-sembang dengan kami pasal kelapa sawit pun boleh… dialu-alukan, jangan segan jangan silu… setampi tapak tangan kami tadahkan..

Terima kasih kerana sudi singgah. Semoga sawit anda terus berhasil. Melawas-melawas pun jangan panjang sangat. Ala kulli hal, sekian terima kasih.

Baja kelapa sawit 1pokok 1sudu dipasarkan oleh redPakis (JR0010760-U)
email : redpakis2006@gmail.com
whatsapp : 0137020666