Jangan Tambah Baja Lagi Sebelum Anda Tahu Kalium Pokok Anda Cukup Atau Tidak
Panduan ringkas untuk pekebun yang sudah membaja ikut jadual, tetapi tandan sawit masih kecil.

Kenapa tandan sawit kecil walaupun sudah dibaja?
Ramai pekebun menganggap apabila pokok diberi baja mengikut pusingan biasa 3 kali setahun, tandan secara automatik akan menjadi berat dan padat. Namun, bila timbang hasil sawit tidak seperti yang diharapkan.
Bukan semua tandan kecil berpunca daripada kalium
Sebelum meletakkan punca sepenuhnya pada baja, pastikan lima faktor asas pengurusan ladang ini disemak terlebih dahulu:
- — Umur pokok: Pokok muda (bawah 5 tahun) lazimnya mengeluarkan tandan lebih ringan secara semula jadi berbanding pokok matang.
- — Bahan tanaman (baka): Mutu benih klon atau sulur baka yang tidak disahkan memberi had genetik kepada saiz tandan.
- — Kekurangan air atau saliran teruk: Tanah yang bertakung air atau tanah gambut yang kering kontang menyekat penyerapan makanan pokok.
- — Hama dan penyakit: Serangan ulat bungkus, tikus, atau kumbang perosak mengganggu kestabilan daun dan bunga betina. Ganoderma.
- — Pengurusan dan masa menuai: Pusingan tuai yang terlalu cepat menyebabkan buah dipetik sebelum isi minyak terbentuk penuh.
Kenapa kalium berkait rapat dengan berat tandan sawit?
Dalam fisiologi kelapa sawit, unsur Kalium (K) memainkan peranan utama sebagai agen pengangkutan nutrien dan air dalam tisu pokok. Ia mengawal pembukaan dan penutupan stoma daun, yang membolehkan proses fotosintesis berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan cuaca yang panas terik.
Apabila pokok menghasilkan bunga betina, kalium diperlukan dalam jumlah yang sangat banyak untuk mengisi kantung buah, membesarkan sabut (mesokarp), dan memacu pembentukan minyak. Jika bekalan kalium tidak mencukupi, pokok tetap menghasilkan tandan, tetapi biji sawit kurang padat, sabutnya nipis, dan berat keseluruhan tandan menyusut dengan ketara.

Cara mudah semak: 3 tanda nampak jelas di kebun
Pekebun tak perlu susah-susah kira pelepah di ladang. Cukup dengan memerhatikan 3 tanda mudah dan praktikal ini semasa pusingan merumput atau menuai:
Tengok Daun Bahagian Bawah & Tengah
Daun bahagian bawah yang mula berbintik oren atau hujung hangus kering, bukan kering tua biasa. Daun pucuk atas masih nampak hijau tapi daun bahagian tengah mula kusam dan hilang kilau subur.
Rasa Berat Tandan Bila Kait
Waktu menuai, buah nampak saiz ada tapi bila angkat rasa ringan, biji sawit kurang padat berminyak atau banyak biji kosong/kemek di celah tandan.
Tengok Keliling Pangkal Pokok
Pokok tak lawas keluarkan bunga betina baru, atau bunga betina banyak gugur dan kering sebelum sempat berkembang menjadi tandan buah yang besar.

Senarai semak sebelum menambah baja
Cara mudah semak: tengok pelepah kelapa sawit
Cara paling senang untuk pekebun tahu pokok cukup baja atau tidak ialah perhatikan daun pada pelepah tengah pokok yang matang (agak-agak aje). Jika pelepah ini mula nampak tompok kuning kemerahan atau hujungnya kering hangus, itu tanda jelas pokok dah mula lapar kalium dan perlukan rawatan segera sebelum tandan mengecil.

Senarai semak sebelum menambah baja
Jika kalium memang kurang, apa pilihannya?
Apabila defisit kalium telah disahkan, terdapat beberapa sumber yang biasa digunakan oleh pekebun di Malaysia:
| Pilihan | Kelebihan | Perkara diambil kira |
|---|---|---|
| Muriate of Potash (MOP / KCl) | Kandungan K tinggi (~60% K₂O), standard industri ladang komersial. | Klorida tinggi; perlu elak guna berlebihan pada tanah berasid atau mudah larut lesap jika hujan lebat. |
| Abu tandan kosong sawit (EFB Ash) | Organik, membantu mengurangkan keasidan tanah (menaikkan pH). | Kualiti tidak sekata, bekalan sukar didapati dalam kuantiti kecil, volum tabur tinggi. |
| Baja serbuk kalium tinggi khusus | Kadar larut cepat, mudah diserap akar dalam dos kecil, mudah dibawa di kebun. | Direka sebagai baja pemulih & penguat tandan, bukan pengganti pembajaan asas berjadual. |
Salah satu pilihan: Potent Lite K37
Baja Potent Lite 10 kg — Serbuk halus merah jambu bersama sudu sukatan.Potent Lite K37 diformulasikan khusus dengan kandungan 37% Kalium (Super K) dalam bentuk serbuk mudah larut untuk membantu memulihkan kekurangan nutrisi pemberat buah sawit secara praktikal.
Kadar Sukatan Dicadangkan:
Apa kata pengguna
Catatan pengalaman pekebun kecil yang menggunakan Potent Lite sebagai suplemen kalium:
Haji Mansor
"Sebelum ini purata berat tandan sawit sekitar 14-15 kg. Selepas masuk 2 pusingan guna Potent Lite ikut sudu pada pokok 12 tahun, tandan nampak lebih padat dan timbangan naik purata 18 kg setandan. Jadilah.. Senang sebab tak perlu pikul guni berat."
Cikgu Ramli
"Saya buat perbandingan di 2 ekar daripada 6 ekar kebun saya. Daun yang ada bintik oren nampak pelepah baharu keluar lebih hijau gelap. Tandan pusingan lepas tak banyak yang gugur biji sebelum masak."
Encik Zainal
"Beli 5 tong terus dapat percuma 1 tong, jimat banyak untuk kebun 10 ekar. Yang saya suka sebab tak payah bancuh air, tabur saja 2 sudu dekat pangkal lepas tabur NPK biasa sebulan sebelum."
Tempah atau tanya kami
Isi maklumat ringkas di bawah untuk pengiraan dos ladang atau buat pesanan terus melalui WhatsApp rasmi kami.
Butiran pembayaran dihantar melalui WhatsApp. Pesanan dikurierkan dalam masa 24 jam selepas bayaran disahkan.
Soalan lazim
Boleh guna bersama baja biasa? +
Berapa sudu untuk setiap pokok? +
Bila kesannya nampak? +
Macam mana nak tempah? +
