Kelapa sawit memerlukan nutrien yang mencukupi untuk memastikan pokok menjadi sihat, subur, dan mampu menghasilkan tandan segar (Fresh Fruit Bunch – FFB) serta hasil yang berkualiti tinggi.
Dalam industri pertanian, pemilihan jenis baja kelapa sawit dan memahami kegunaannya adalah penting. Setiap jenis baja mempunyai ciri, kelebihan, dan waktu penggunaan yang berbeza-beza.
1. Baja Cecair
Baja cecair mudah diserap oleh akar dan daun kerana ia dalam bentuk larutan. Kelebihannya ia bertindak cepat terhadap masalah kekurangan nutrien pada kelapa sawit.
Kegunaan:
- Sangat sesuai digunakan semasa musim kemarau jika dibanding baja butiran. Masalah baja butir memerlukan kelembapan untuk larut dan diserap akar kelapa sawit.
- Sesuai untuk rawatan segera apabila pokok menunjukkan simptom kekurangan zat.
- Digunakan melalui sistem siraman atau semburan foliar pada daun.
- Praktikal untuk pokok sawit muda yang daun pelepahnya masih dapat dicapai bila disembur.
2. Baja Tunggal
Baja tunggal mengandungi hanya satu jenis nutrien utama, seperti Urea (Nitrogen), MOP (Kalium), atau Rock Phosphate (Fosforus).
Kegunaan:
- Memberi kawalan spesifik terhadap nutrien tertentu yang kurang pada tanah.
- Sesuai digunakan selepas ujian tanah bagi membetulkan kekurangan unsur tertentu.
- Contoh: jika tanah kurang kalium, pekebun boleh terus menggunakan MOP sahaja.
2.1 Baja Campuran
Baja campuran ialah hasil gabungan dua atau lebih baja tunggal. Contohnya campuran Urea + MOP + TSP.
Kegunaan:
- Membekalkan nutrien lebih seimbang dalam satu aplikasi.
- Mengurangkan kerja membaja berasingan.
- Praktikal untuk ladang yang memerlukan banyak nutrien serentak.
3. Baja Kimia (Anorganik)
Baja kimia diformulasikan dengan gabungan beberapa nutrien makro dan mikro dalam bentuk sebatian. Ia mudah didapati di pasaran dan memberikan hasil yang cepat.
Kegunaan:
- Sesuai untuk meningkatkan hasil dalam tempoh singkat.
- Memberi nutrien lengkap dalam kadar yang seimbang.
- Digunakan secara meluas di ladang komersial kerana keberkesanannya.
4. Baja Organik
Baja organik berasal daripada bahan semula jadi seperti kompos, baja ayam, tinja lembu, tandan kosong sawit, dan sisa tanaman.
Kegunaan:
- Memperbaiki struktur tanah dan meningkatkan kandungan bahan organik.
- Membantu mikroorganisma tanah berkembang dengan baik.
- Menyediakan nutrien secara perlahan dan berterusan.
- Sesuai digunakan sebagai asas sebelum atau bersama baja kimia.
5. Baja Semi-Organik
Baja semi-organik ialah gabungan baja kimia dengan bahan organik. Ia menggabungkan kelebihan kedua-dua jenis baja.
Kegunaan:
- Memberi kesan segera seperti baja kimia tetapi masih membantu memperbaiki tanah.
- Sesuai untuk pekebun kecil dan ladang sederhana.
- Lebih mesra alam berbanding penggunaan baja kimia sepenuhnya.
6. Baja Potent Lite – Pilihan Praktikal untuk Sawit
Salah satu produk yang sesuai untuk pekebun ialah Baja Potent Lite. Ia diformulasi khas untuk kelapa sawit dengan konsep “1 pokok, 1 sudu”, menjadikannya mudah digunakan dan menjimatkan masa.
Ciri-ciri Baja Potent Lite:
- Bentuk butiran mudah larut.
- Diformulasikan dengan nutrien seimbang untuk pertumbuhan pokok sawit.
- Sesuai digunakan untuk pokok muda hingga matang.
- Tidak memerlukan sukatan rumit kerana dos sudah diringkaskan (1 pokok 1 sudu).
Kegunaan Baja Potent Lite:
- Membantu pertumbuhan daun yang sihat dan sistem akar yang kukuh.
- Meningkatkan pembentukan tandan dan pengisian buah sawit.
- Sesuai digunakan sepanjang tahun termasuk musim kemarau kerana formulasi mudah menyerap.
- Praktikal untuk pekebun kecil kerana tidak memerlukan tenaga kerja ramai.
Kesimpulan
Pemilihan jenis baja kelapa sawit dan kegunaannya perlu berdasarkan keadaan tanah, umur pokok, dan musim. Baja cecair sesuai ketika kemarau, baja tunggal penting untuk pembetulan nutrien, baja kimia memberikan kesan segera, manakala baja organik dan semi-organik meningkatkan kesuburan tanah secara jangka panjang.
Untuk pekebun yang mahukan baja mudah, praktikal, dan berkesan, Baja Potent Lite merupakan pilihan tepat dengan konsep “1 pokok, 1 sudu”. Ia membantu memastikan sawit tumbuh subur, hasil meningkat, dan penjagaan ladang lebih mudah serta menjimatkan masa.



